BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dec 28, 2013

Keraguan....

Aku tahu kadang2 dia ragu tentang sikap aku, tentang kasih sayang aku untuk dia..
Selalu aku ditujukan dengan soalan yang sama yang jawapan nya tetap sama..

Awk merokok lagi?
Awk ada text dengan dia ke?

Yes it hurts me because it show me either he trust me or not.. Right?
Kadang2 aku buntu untuk menjawab, kerana semua benda ini ada lah berulang kali.. Ye Afiq ada text ckp kat aku dia rindu aku apa semua.. Tapi aku tak layan pun Afiq tu.. Tapi nampaknya mcm susah nak percaya.. Mungkin aku dihadapanya seorang perempuan yang tak cukup dengan seorang lelaki. Aku memang suka untuk bergaul dengan kaum adam, tapi hanya sebagai kawan dan tidak lebih dan TAK AKAN pernah lebih. Aku faham keraguan dia disebabkan dia terlalu sayang aku.. Aku ingat lagi pernah satu malam ni kami gaduh sebab Afiq, dan dia menangis. Ya Allah, rasa bersalah sangat dekat dia masa tu..

Tapi sayang, percayalah kat aku. Aku tak akan membenci kau dan menjauhkan diri dari kau jika kau tidak pernah melakukan apa2 kesalahan yang buat hati aku tawar. Aku terima kesalahan kecil kau sebelum ini, kerana semua manusia tidak sempurna sedangkan orang2 yang dipandang dan disanjung tinggi juga pernah melakukan kesilapan. Aku menganggap kesilapan kau, atau kesilapan yang telah aku buat sebagai pengajaran. Dan segala yang terjadi makin menguatkan cinta kita. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Hidup, mati dan jodo kita hanya Allah yang tahu.. Tapi semua itu boleh kita ubah dengan dua' kan sayang?

Aku tahu kau sangat ambil berat tentang aku, walaupun sikap aku kadang2 acuh tak acuh dengan kau. Kadang2 aku memarahi kau secara tetiba tanpa sebab yang kau tidak dapat fikirkan.. Maafkan aku dengan sikap panas baran aku..