SEM 2!

Alhamdulilah first of all, sbb dapat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di politeknik Port Dickson.. Alhamdulilah sebab tak ada carry any paper.. shukran Ya Allah.. Azam aku, tidak akan sesekali meninggalkan solat, akan meninggalkan segala tabiat buruk aku, dan yang paling penting! tidak akan membuang masa dan duit kepada benda2 yang tidak mendatangkan faedah untuk hidup aku.. BELAJAR RAJIN2 AMIRAH!!!

aku study untuk tuntut ilmu di bumi Allah, untuk membahgiakan mak dan ayah aku dengan kejayaan aku walaupun aku banyak kecewakan mereka dan membuatkan air mata mereka mengalir dengan sikap degil aku dan  sikap kebudak-budakan aku yang tak pernah hilang.. aku sedar, dengan sikap aku yang begitu, banyak yang aku telah hilang, orang yang menghargai aku, org yang sayang dengan aku, orang yang sentiasa mengambil berat tentang hidup aku walaupun aku susah atau aku senang..

In Sya Allah, aku akan cuba yang terbaik untuk kekalkan hidup aku seperti yang aku ada sekarang.. aku akan pastikan, orang2 yang aku sayang, orang2 yang selalu membahagiakan aku akan kekal disisi aku.. aku akan cuba sedaya upaya aku.. aku dah tak mampu nak tanggung perit kehilangan walaupun aku yang meminta.

semua orang boleh berubah kan? aku pasti walaupun dosa seseorang itu tinggi menggunung, Allah bersifat maha penyayang dan maha mengasihi.. aku percaya dengan kekuasaan Allah, dan aku akur dengan segala ketentuan Nya :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments